Petisyen: SEDIA UNTUK PEMANSUHAN (#ReadyforRepeal)
Kami telah menyediakan surat rayuan ini berlandaskan pengkajian semula Kanun Keseksaan Singapura bagi tahun 2018. Sebuah rundingan awam juga telah dilaksanakan oleh pemerintah. Selaku rundingan tersebut, berikut adalah surat pemansuhan dan tandatangan sokongan yang akan dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri pada tanggal 28 September 2018.
Seksyen 377A adalah undang-undang kolonial yang mendakwa hubungan seks konsensus antara dua lelaki adalah sebuah jenayah. Dahulu, terdapat warga Singapura yang telah disabitkan dan dihukum di bawah undang-undang ini. Walaupun ianya tidak diperkuat kuasa secara aktif, undang-undang ini tetap menghukum rakan-rakan serta saudara-mara LGBT kita dengan menyifatkan bahawa keperibadian mereka dan cara kehidupan mereka adalah salah dan layak dihukum.
Pada 6 September 2018, Mahkamah Agung India memansuhkan Seksyen 377 Kanun Keseksaan India kerana ia dianggap sebagai tidak mematuhi prinsip perlembagaan. Dalam perundangannya, Ketua Hakim India berpendapat bahawa "Warga minoriti seksual India telah menunggu sekian lamanya. Mereka telah menunggu dan memerhatikan para rakyat yang lain dibebaskan dari kuasa British sementara kebebasan asas mereka tetap disekat di bawah undang-undang kolonial yang kuno dan ketinggalan zaman. Justeru, mereka dianggap sebagai warganegara kelas kedua yang terpaksa bersembunyi dan menjalankan kehidupan seharian di dalam ketakutan.
Berapa lama lagikah harus warga LGBT Singapura hidup sebagai rakyat kelas kedua dan dianggap sebagai penjenayah di bawah undang-undang yang seharusnya melindungi semua warga Singapura?
Kami sudah bersedia untuk Singapura menganggap seluruh rakyatnya secara sama rata dan adil. Kami juga bersedia untuk Singapura yang menghormati kaum minoriti dan memperjuangkan hak dan martabat individu. Kami bersedia untuk sebuah Singapura di mana rakyat bebas dan dibenarkan menjalani haluan kehidupan masing-masing.
Buat julung-julung kalinya, kerajaan akan menjalankan semakan utama bagi Kanun Keseksaan sejak lebih dari satu dekad yang lalu. Sebuah laporan menyusul semakan tersebut telah disediakan dan dalam tempoh masa tiga minggu, proses rundingan awam telah dilaksanakan. Proses rundingan tersebut akan berakhir pada tanggal Ahad, 30 September 2018. Perubahan yang dicadangkan ke atas Kanun Keseksaan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada November tahun ini. Namun kali ini, kerajaan telah mengambil keputusan eksekutif untuk mengecualikan Seksyen 377A sepenuhnya.
Jika anda bersependapat dengan wawasan kami tentang Singapura yang lebih inklusif dan berpegang teguh terhadap prinsip yang berlandaskan keadilan dan persamaan, silalah menandatangani surat rayuan ini. Bertindaklah SEKARANG!
Penulis: Glen Goei dan Johannes Hadi.
Penandatangan Utama: His Excellency Professor Tommy Koh, Professor Kishore Mahbubani, Professor Walter Woon, Ho Kwon Ping, Claire Chiang, Hsieh Fu Hua, Theresa Foo & Harold Foo, Kay Kuok, Christina Ong, Professor Tan Tai Yong, Professor Tan Sook Yee, Professor Roy Chan, Professor Cherian George, Associate Professor Teo You Yenn, Dr Finian And Fiona Tan, Yeoh Lam Keong, Janice Koh & Lionel Yeo, Dr Kanwaljit Soin, Constance Singam, Corinna Lim, Braema Mathi, Tan Siok Sun, Chew Kheng Chuan, Dr Mary Ann Tsao, Deborah Barker, Sc, Harpreet Singh Nehal, Sc, Siew Kum Hong, Caesar Sengupta, Darius Cheung, Loh Lik Peng, Wee Teng Wen, Eleanor Wong, Calvin Cheng, Kok Heng Leun, E-len Fu, Veera Sekaran and Nicholas Chan
Petisyen ini juga disokong oleh: Action for AIDS, AWARE, Break The Binary, Free Community Church, Indignation, Humanist Society Singapore, Inter-Uni LGBT Network, MARUAH, Oogachaga, Out in Singapore, Pink Dot SG, Pelangi Pride Centre, Project X, Prout, SAFE, Sayoni, SG Narratives, SG Rainbow, Singapore LGBT Law, The Bear Project, The Bi+ Collective SG, The Purple Alliance and The T Project.
Kami selaku warga negara dan penduduk tetap Singapura menyarankan Parlimen untuk memansuhkan seksyen 377A Kanun Keseksaan diatas sebab-sebab berikut: -
Ia adalah undang-undang kolonial dan tidak lagi relevan. Ianya dikenakan oleh pihak British terhadap negara Singapura apabila kita masih lagi bernaung di bawah pemerintahan mereka.
Ia menggalakkan diskriminasi terhadap penduduk LGBT Singapura dan menganggap mereka sebagai penjenayah.
Ia menghalang Singapura dari menjadi masyarakat yang benar-benar majmuk dan melindungi kepentingan minoriti.
Undang-undang negera seharusnya sekular dan berfungsi di luar pengaruh jangkauan agama.
Dasar tiada-penguatkuasaan bersifat rambang dan kabur dan ianya melemahkan pentadbiran undang-undang kita.
Seluruh dunia telah membuat kemajuan dalam membetulkan beban penjajahan yang tidak adil ini. Singapura juga harus lakukan yang sama untuk memastikan sejarah tidak mengecam beliau sebagai negara yang tidak maju dan kuno.